Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat berkata pada hari Jumaat bahawa para perampas kapal terbang Afriqiyah menggunakan senjata palsu dalam rangka merampas pesawat tersebut.
"Penyiasatan awal forensik menunjukkan bahawa senjata yang digunakan dalam rampasan pesawat Afriqiyah adalh replika semata-mata," tulis beliau di dalam sebuah laman sosial.
Menurut laporan yang terdahulu, sebiji bom tangan dan dua pucuk pistol dijumpai di dalam pesawat tersebut.
Menurut pihak media, pesawat itu dijadualkan untuk mendarat di Tripoli selepas berlepas dari sebuah lagi bandar Libya iaitu Sebha. Akan tetapi para perampas telah mengarahkan supaya kapal terbang itu mendarat di Malta.
Selepas bernegosiasi dengan pihak berkuasa Malta, para perampas telah membebaskan semua penumpang dan menyerah diri.
24 Disember 2016 - 17:59
News ID: 800501
Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat berkata pada hari Jumaat bahawa para perampas kapal terbang Afriqiyah menggunakan senjata palsu dalam rangka merampas pesawat tersebut.